Bantuan Asas Rahmah Kos sara hidup yang semakin meningkat memberi cabaran besar kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana di Malaysia.

Menyedari keperluan ini, kerajaan memperkenalkan Bantuan Asas Rahmah (SARA) 2025 sebagai salah satu usaha untuk meringankan beban rakyat. Inisiatif ini menyediakan bantuan kewangan secara bulanan bagi memastikan kebajikan golongan yang layak terpelihara.

Jadual Pembayaran Bantuan Asas Rahmah 2025

Bantuan ini diberikan berdasarkan dua kategori penerima, iaitu penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus eKasih dan penerima STR tanpa status eKasih.

1. Penerima STR & eKasih

Januari – Mac

  • Isi rumah: RM100 sebulan
  • Warga emas tiada pasangan: RM100 sebulan
  • Bujang: RM50 sebulan

April – Disember

  • Isi rumah: RM200 sebulan
  • Warga emas tiada pasangan: RM150 sebulan
  • Bujang: RM50 sebulan

2. Penerima STR sahaja (bukan eKasih)

April – Disember

  • Isi rumah: RM100 sebulan
  • Warga emas tiada pasangan: RM50 sebulan
  • Bujang: Tiada bantuan

Kaedah Penyaluran Bantuan

Bantuan ini disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad, membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas di pasaraya terpilih.

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dibuat secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan hanya membawa MyKad sebagai pengesahan.

Syarat Kelayakan Bantuan Asas Rahmah

Bantuan ini diberikan kepada individu yang memenuhi syarat berikut:

1. Warganegara Malaysia.

2. Penerima STR 2025:

  • Golongan isi rumah dan warga emas tiada pasangan yang bukan eKasih.
  • Golongan isi rumah, bujang, dan warga emas tiada pasangan yang berstatus eKasih serta disenaraikan sebagai Miskin Tegar atau Miskin dalam rekod eKasih sehingga 31 Oktober 2024.

    Semakan Status Bantuan Asas Rahmah 2025

    Semakan bantuan asas rahmah boleh dilakukan melalui beberapa kaedah mudah:

    1. Secara Online

    • Layari Portal Rasmi MyKasih atau Portal MySTR.
    • Masukkan nombor MyKad di ruangan yang disediakan.
    • Klik butang “Semak Status” untuk melihat maklumat kelayakan, jumlah bayaran, dan tarikh pembayaran.

    2. Di Cawangan LHDN

    Bagi yang tidak mempunyai akses internet, semakan boleh dibuat di cawangan LHDN berhampiran dengan membawa:

    • Salinan MyKad.
    • Dokumen sokongan (jika diperlukan).

    3. Melalui Hotline

    Hubungi 1-800-88-2727 untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan bantuan ini.

    Kaedah Pembayaran SARA 2025

    Bantuan ini boleh diterima melalui dua kaedah utama:

    • Pemindahan Elektronik (EFT) – Kredit terus ke akaun bank penerima.
    • Bantuan Tunai Rahmah di BSN – Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, pengeluaran tunai boleh dibuat di cawangan BSN dengan membawa MyKad.

    Baca Pula : Permohonan dan Semakan Mykid Siap 2025

    Barangan Keperluan Asas yang Boleh Dibeli

    Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas yang telah ditetapkan, antaranya:

    • Beras: Jasmine, Jati, Bernas, Faiza.
    • Roti: Gardenia, Massimo, Mighty White.
    • Telur: Nutriplus, QL eggs, CP.
    • Minyak Masak: Saji, Alif, Daisy, Knife, Vesawit.
    • Tepung: Cap Sauh, Cap Lili, Faiza.
    • Biskut: Julie’s, Tiger, Munchys, Chipsmore.
    • Mi Segera: Indo Mie, Mamee, Maggi, Cintan.
    • Minuman: Tea Boh, Milo, Dutch Lady, F&N, Nescafe.
    • Makanan Dalam Tin: Ayam Brand, Yeo’s, Adabi, Kimball.
    • Bahan Perasa: Life, Jalen, Maggi, Faiza, Planta.

    Kesimpulan

    Bantuan Asas Rahmah (SARA) 2025 merupakan langkah positif kerajaan dalam memastikan golongan yang memerlukan mendapat sokongan kewangan bulanan untuk menampung keperluan harian.

    Dengan kaedah penyaluran melalui MyKad, bantuan ini lebih terkawal dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi tujuan yang telah ditetapkan. Semakan status yang mudah serta fleksibiliti dalam kaedah pembayaran menjadikan bantuan ini lebih efektif dan menyeluruh.

    Kongsi:

    [addtoany]

    Tags:

    Leave a Comment