Bantuan Baitulmal Sarawak – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) terus memainkan peranan penting dalam membantu golongan asnaf dengan menyampaikan bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan.
Baru-baru ini, sejumlah RM149,640 telah disalurkan kepada 650 penerima individu serta 23 pusat tahfiz dan sekolah agama bantuan dalam satu majlis khas yang berlangsung di Dewan Majma Tuanku Abdul Halim.
Langkah ini diambil sebagai sebahagian daripada usaha meringankan beban penerima menjelang sambutan Aidilfitri, selain memberikan sokongan kepada institusi pendidikan agama yang turut memerlukan bantuan.
Cara Memohon Bantuan Baitulmal Sarawak

Bagi yang layak, terdapat beberapa cara mudah untuk semakan bantuan baitulmal sarawak:
1. Permohonan Secara Dalam Talian (Online)
Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi Tabung Baitulmal Sarawak dengan langkah berikut:
- Layari laman web: https://pelanggan.tbs.org.my
- Jika belum mempunyai akaun, klik Daftar Akaun
- Isi maklumat peribadi seperti:
- Nama penuh
- Nombor kad pengenalan (digunakan sebagai username)
- Nombor telefon
- Alamat emel
- Kata laluan
- Setelah pendaftaran selesai,
- Masuk dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
- Pilih jenis bantuan yang ingin dimohon dan lengkapkan permohonan
2. Melalui Aplikasi Jejak Asnaf
Bagi memudahkan urusan, TBS turut menyediakan aplikasi Jejak Asnaf Versi 2, yang boleh dimuat turun melalui App Store atau Play Store.
Menariknya, selain membuat permohonan sendiri, individu juga boleh mencadangkan penerima lain yang layak mendapatkan bantuan ini.
3. Permohonan Melalui E-Mel
Bagi yang ingin menggunakan e-mel, mohon bantuan baitulmal sarawak boleh dihantar terus ke [email protected] dengan menyertakan maklumat lengkap pemohon.
Baca Pula : Jadual dan Semakan Bantuan Ewallet Madani 2025
Kelebihan Portal Tabung Baitulmal Sarawak
Tabung Baitulmal Sarawak bukan sahaja menyediakan bantuan kewangan, tetapi juga kemudahan sistem dalam talian yang memudahkan urusan pemohon. Beberapa kelebihan utama termasuk:
- Maklumat lengkap bantuan – Pemohon dapat melihat jenis bantuan yang disediakan dan memilih yang bersesuaian
- Proses lebih mudah – Permohonan boleh dibuat dalam talian tanpa perlu hadir ke pejabat TBS
- Menjimatkan masa & selamat – Mengurangkan keperluan berurusan secara fizikal, sesuai bagi mengelakkan penularan penyakit
Maklumat Lanjut
Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, berikut adalah saluran rasmi yang boleh dihubungi:
- Laman web rasmi: https://www.tbs.org.my/www/?
- Talian telefon: 082-682861 / 082-683270 / 082-683709
- Faks: 082-684820
- Alamat: Tabung Baitulmal Sarawak
Blok A, Blok 3655, Kuching North Land District,
Jalan Batu Kawa, 93250 Kuching, Sarawak
Bantuan yang disediakan oleh Tabung Baitulmal Sarawak membuktikan komitmen berterusan dalam membantu golongan yang memerlukan, khususnya asnaf dan institusi pendidikan Islam. Dengan sistem permohonan yang lebih mesra pengguna, bantuan kini boleh diakses dengan lebih mudah dan cepat.
Bagi yang layak, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan sokongan yang telah disediakan agar dapat menyambut Aidilfitri dengan lebih bermakna.
Leave a Comment