Daftar Bantuan B40 – Kos sara hidup yang semakin meningkat mendorong kerajaan Malaysia untuk terus menyediakan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.
Pada tahun 2025, dua skim utama diperkenalkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana, iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Kedua-dua bantuan ini bertujuan mengurangkan beban kewangan rakyat, khususnya isi rumah B40 dan M40.

Apa Itu Bantuan B40?
Bantuan ini merangkumi dua bentuk sokongan utama:
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Bantuan kewangan secara langsung kepada golongan yang layak.
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) – Insentif khas yang diberikan setiap bulan untuk pembelian barangan keperluan asas.
Siapa Yang Layak Menerima STR 2025?
STR 2025 disasarkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, termasuk:
- Isi rumah dengan pendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).
- Warga emas yang menghadapi kesukaran kewangan.
- Individu bujang yang memenuhi syarat kelayakan.
Peruntukan bagi STR 2025 telah ditingkatkan kepada RM14 bilion, membolehkan lebih ramai rakyat menerima manfaat berbanding tahun sebelumnya.
Kadar Bayaran Bantuan B40 2025
Bantuan diberikan mengikut kategori penerima dan jumlah tanggungan. Berikut adalah kadar bantuan rakyat b40 yang diperuntukkan:
Golongan Miskin & Miskin Tegar
Kategori Penerima | Bantuan STR | Bantuan SARA |
---|---|---|
Isi Rumah B40 (0 anak) | RM1,000 | RM2,100 |
Isi Rumah B40 (1-2 anak) | RM1,500 | RM2,100 |
Isi Rumah B40 (3-4 anak) | RM2,000 | RM2,100 |
Isi Rumah B40 (5 ke atas) | RM2,500 | RM2,100 |
Warga Emas | RM600 | RM1,650 |
Bujang | RM600 | RM600 |
Golongan Asas Bukan Miskin
Kategori Penerima | Bantuan STR | Bantuan SARA |
Isi Rumah B40 (0 anak) | RM1,000 | RM900 |
Isi Rumah B40 (1-2 anak) | RM1,500 | RM900 |
Isi Rumah B40 (3-4 anak) | RM2,000 | RM900 |
Isi Rumah B40 (5 ke atas) | RM2,500 | RM900 |
Isi Rumah M40 (0 anak) | RM500 | RM900 |
Isi Rumah M40 (1-2 anak) | RM750 | RM900 |
Isi Rumah M40 (3-4 anak) | RM1,000 | RM900 |
Isi Rumah M40 (5 ke atas) | RM1,250 | RM900 |
Warga Emas | RM600 | RM450 |
Bujang | RM600 | – |
Cara Pembayaran Bantuan B40 2025
Pembayaran STR dan SARA dilakukan melalui dua kaedah utama:
- STR: Dikreditkan terus ke akaun bank penerima atau boleh diambil secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- SARA: Disalurkan ke dalam kad pengenalan penerima setiap bulan untuk digunakan dalam pembelian barangan asas.
Jadual Pembayaran Bantuan B40 2025
Pembayaran STR dibuat secara berfasa:
- Fasa 1: 22 – 28 Januari 2025
- Fasa 2 – 4: Akan diumumkan kemudian
Manakala, pembayaran SARA akan dilakukan setiap bulan, bermula Januari hingga Disember 2025.
Baca Pula : Semakan Bantuan Mykad SARA 2025
Syarat Kelayakan Bantuan B40 2025
Isi Rumah
- Ketua keluarga yang bekerja di Malaysia dengan pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Pasangan mestilah Warganegara Malaysia atau bukan warganegara yang memenuhi syarat tertentu.
- Anak mestilah warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke bawah atau 19 tahun jika masih belajar sepenuh masa.
Warga Emas
- Berumur 60 tahun dan ke atas.
- Berpasangan atau bujang.
- Pendapatan kasar bulanan tidak melebihi RM5,000.
Bujang
- Berumur 21 hingga 59 tahun.
- Berstatus bujang, balu, duda atau janda tanpa anak.
- Pendapatan kasar bulanan tidak melebihi RM2,500.
- Bukan pelajar sepenuh masa.
Cara Mendaftar Bantuan B40 2025
Permohonan bantuan kewangan b40 boleh dilakukan dalam talian melalui portal rasmi.
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Klik [Permohonan Baharu] pada halaman utama.
- Masukkan Nombor MyKad dan klik [Semak].
- Lengkapkan maklumat pemohon dan akaun bank yang aktif.
- Pilih status perkahwinan yang sesuai.
- Tandakan kotak perakuan pemohon dan klik [Hantar].
- Permohonan berjaya dihantar dan akan diproses.
Rujukan & Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan mengenai STR & SARA, sila hubungi:
- Talian Bantuan STR & SARA MOF: 03-8882 4565 / 4566
Maklumat permohonan bantuan b40 ini disediakan bagi memudahkan rakyat memahami syarat serta prosedur mendapatkan bantuan kerajaan.
Pastikan sentiasa merujuk sumber rasmi untuk informasi terkini dan elakkan daripada tertipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Leave a Comment