Jenis Bantuan Baitulmal Sarawak – Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak menyediakan pelbagai bentuk bantuan bagi membantu golongan yang memerlukan.
Sama ada dalam bentuk bantuan bulanan, sekali gus, atau inisiatif khas kerajaan negeri, setiap program bertujuan meringankan beban rakyat yang menghadapi kesulitan hidup.

Bantuan Bulanan
Bantuan ini diberikan secara berkala kepada individu dan keluarga yang layak, meliputi beberapa kategori utama:
1. Bantuan Am Negeri (BA)
- Disasarkan kepada individu atau keluarga miskin yang tidak layak menerima bantuan lain.
- Kadar bantuan antara RM200.00 hingga RM300.00 sebulan.
2. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
- Untuk kanak-kanak berumur bawah 18 tahun atau yang masih bersekolah hingga tamat menengah atas.
- Layak untuk anak-anak daripada keluarga yang tidak berkemampuan, ibu bapa uzur, cacat, sakit kronik, atau dalam tahanan.
- Kadar bantuan antara RM150.00 hingga RM1,000.00 sebulan.
3. Bantuan Warga Emas (BWE)
- Untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas yang tiada pendapatan tetap atau sokongan keluarga.
- Tidak tinggal di institusi kendalian kerajaan atau pusat jagaan percuma.
- Kadar bantuan RM500.00 sebulan.
4. Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)
- Pemegang kad OKU JKM yang bekerja dan berpendapatan RM1,500.00 ke bawah.
- Tidak tinggal di pusat jagaan harian atau institusi kebajikan.
- Kadar bantuan RM450.00 sebulan.
5. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
- Untuk OKU yang tidak mampu bekerja kerana keadaan kesihatan, bukan kerana keengganan bekerja.
- Disahkan oleh pegawai perubatan.
- Pendapatan individu tidak melebihi PGK semasa.
- Kadar bantuan RM300.00 sebulan.
6. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
- Penjaga sepenuh masa kepada OKU terlantar atau pesakit kronik.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan.
- Kadar bantuan RM500.00 sebulan.
7. Bantuan Anak Pelihara (BAP)
- Untuk kanak-kanak bawah 18 tahun yang kehilangan ibu bapa dan dijaga oleh keluarga ganti.
- Had pendapatan keluarga pelihara tidak ditetapkan.
- Kadar bantuan antara RM250.00 hingga RM500.00 sebulan.
8. Bantuan Belia Beliawanis (BBB)
- Dikhaskan untuk belia miskin yang tidak bersekolah atau menganggur.
- OKU juga layak menerima bantuan ini.
- Kadar bantuan RM200.00 sebulan.
Baca Pula : Jom Semak Permohonan Bantuan Baitulmal Sarawak 2025
Bantuan Sekaligus
Bantuan ini diberikan sekali sahaja kepada penerima yang memerlukan, termasuk:
Jenis Bantuan | Kadar Bantuan |
---|---|
Bantuan Sekolah | Maksimum RM500 atau kadar sebenar untuk kemasukan ke IPTA |
Bantuan Pengangkutan Jenazah | RM100 |
Bantuan Kes Terkandas / Terdampar | Tambang pengangkutan + RM5 sehari seorang |
Bantuan Bekas Pesakit | Tambang pengangkutan + RM5 sehari (maksimum 10 hari) |
Tabung Bantuan Segera (TBS) | Maksimum RM300 untuk kes kecemasan (contoh: mangsa bencana kecil) |
Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas (BSBB) | Maksimum RM20,000 (kehilangan nyawa atau hilang upaya kekal) |
Bantuan Alat Ortopedik / Alat Sokongan | Mengikut kadar sebenar |
Bantuan Inisiatif Kerajaan Negeri
Kerajaan negeri turut menyediakan bantuan khas dalam aspek kesihatan, termasuk:
1. Bantuan Perubatan
- Membiayai sebahagian atau keseluruhan kos rawatan bagi penyakit yang telah didiagnosis oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
- Merangkumi kos pembedahan, peralatan perubatan, ubat-ubatan, dan rawatan rehabilitasi.
- Diberikan secara one-off atau sementara sehingga bantuan lain diperolehi.
2. Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang (BPBP)
- Membantu pesakit buah pinggang mendapatkan rawatan yang diperlukan.
- Termasuk pemasangan Arteriovenous Fistula (AVF), suntikan Erythropoietin (EPO), rawatan hemodialisis, serta Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD).
- Bantuan pengangkutan turut disediakan bagi pesakit luar bandar.
Syarat Kelayakan Asas
Semua pemohon perlu memenuhi syarat berikut:
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Sarawak.
- Pendapatan tidak melebihi RM990.00 sebulan bagi Bantuan Negeri dan RM1,169.00 sebulan bagi Bantuan Persekutuan.
- Golongan berkeperluan seperti miskin, OKU, warga emas, dan pesakit kronik.
- Bantuan kesihatan khusus untuk penduduk Sarawak yang memiliki Kad Pengenalan berstatus “K”.
Pelbagai bentuk bantuan yang ditawarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak bertujuan memastikan kesejahteraan rakyat, terutama bagi golongan kurang berkemampuan.
Dengan adanya bantuan ini, diharapkan mereka yang memerlukan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik dan memperoleh keperluan asas yang mencukupi.
Leave a Comment