Semakan Mykasih Online 2025 – MyKasih merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh NGO tempatan sejak tahun 2009, diasaskan oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat bersama isterinya, Puan Sri Jean.
Program ini bertujuan membantu golongan miskin tegar mendapatkan keperluan asas melalui MyKad sebagai kaedah pembayaran tanpa tunai.
Bagi tahun 2025, kerajaan meneruskan program ini dengan peruntukan khas di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA), memastikan bantuan sampai kepada golongan yang layak secara cekap dan selamat.

Jadual Pembayaran SARA 2025
Bantuan MyKasih SARA 2025 disalurkan secara bulanan mengikut kategori kelayakan penerima. Semak jadual pembayaran Mykasih online 2025
- 15 Januari 2025 – Pembayaran pertama untuk penerima yang layak.
- Januari hingga Disember 2025 – Bayaran diterima setiap bulan mengikut kategori kelayakan.
Cara Semakan Status Mykasih Online 2025
Semak bantuan mykasih status boleh dilakukan secara online melalui dua portal rasmi. Ikuti langkah mudah mykasih sara semakan kelayakan berikut:
Semakan melalui Portal MyKasih
- Layari laman rasmi MyKasih
- Klik pada butang [Semak Kelayakan]
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-)
- Klik butang [Semakan Status]
- Status akan dipaparkan sama ada Layak atau Tiada Rekod Ditemui
- Jika status Tiada Rekod Ditemui, klik [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN] untuk semakan lanjut
Semakan melalui Portal STR
- Laman utama STR akan dipaparkan, tutup pemakluman terkini dengan klik [Tutup]
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-)
- Klik [Log Masuk] dan pilih [Semakan Permohonan]
- Klik butang [Semakan 2025]
- Status bayaran Bantuan SARA akan dipaparkan sama ada Lulus atau Dalam Proses
Kriteria Kelayakan MyKasih 2025
Kategori Miskin dan Miskin Tegar:
- Warganegara Malaysia
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tiada Pasangan
- Tersenarai dalam data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024
Kategori Asas Bukan Miskin:
- Warganegara Malaysia
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan
Baca Pula : Semak Bantuan Sara Hidup Maips 2025
Jumlah Bantuan Mengikut Kategori
Bantuan yang diberikan berbeza mengikut kategori penerima. Berikut adalah pecahan jumlah yang diterima setiap kategori:
Kategori | Jumlah Bantuan (Setahun) | Pecahan Bayaran |
---|---|---|
Isi Rumah (STR & eKasih) | RM2,100 | RM100 (Jan – Mac), RM200 (Apr – Dis) |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) | RM1,650 | RM100 (Jan – Mac), RM150 (Apr – Dis) |
Bujang (STR & eKasih) | RM600 | RM50 (Jan – Dis) |
Isi Rumah (STR sahaja) | RM900 | RM100 (Apr – Dis) |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) | RM450 | RM50 (Apr – Dis) |
Bantuan ini akan dikreditkan secara automatik kepada penerima yang layak berdasarkan rekod STR 2025 & eKasih tanpa perlu permohonan baharu.
Senarai Kedai yang Menerima MyKasih
Bantuan MyKasih SARA 2025 boleh digunakan di beberapa kedai dan pasar raya terpilih, antaranya:
- Mydin
- Giant
- Econsave
- 99 Speedmart
- Pasar raya & kedai runcit terpilih
Disarankan untuk menyemak dengan kedai sebelum melakukan pembelian bagi memastikan mereka menerima pembayaran melalui MyKasih.
Kesimpulan
Program MyKasih SARA 2025 merupakan satu inisiatif yang sangat membantu golongan yang memerlukan dengan sistem pembayaran tanpa tunai yang mudah dan pantas. Dengan adanya bantuan ini, mereka yang layak boleh mendapatkan keperluan asas tanpa perlu mengeluarkan wang tunai.
Semakan status boleh dilakukan secara dalam talian dengan mudah, dan penerima hanya perlu menggunakan MyKad untuk menikmati manfaatnya di kedai serta pasar raya terpilih.
Pastikan mendapatkan maklumat dari sumber rasmi bagi mengelakkan penipuan atau salah faham berkaitan bantuan kerajaan.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, hubungi Talian Bantuan MyKasih atau layari laman web rasmi MyKasih bagi mendapatkan maklumat yang sahih.
Leave a Comment